Photobucket

Friday, 6 May 2011

Selamat Hari Ibu in advance:)

Esok aku buzy rasenyer tak sempat nak N3 my blog..Aku nak wish awal-awal kat Ibu-ibu dan bakal ibu seluruh Malaysia..hee..Tahniah juga buat sahabat ku Yafizah Tarmizi yang selamat melahirkan seorang Puteri ,3.77 kg, di Hospital Putrajaya,6 Mei..jam 9.30 malam..hee detail tu..Seronok sahabat aku sorang nie dah  dapat sepasang la izah kan..hee..Semoga kamu menjadi Ibu yang Misali..amin..

 
Ibu..Ibu..Ibu..tanpa Mu siapalah Kita..Bila Kita Menangis-nangis mengantuk ..Dialah yang tidurkan kita..Bila Kita menangis terjaga dari tidur..Dialah yang susah-susah datang belaikan kita..pujuk kita..bila kita lapar ..Dialah yang suapkan.Bila kita terasa panas dan berpeluh ..Dialah yang mandikan kita..Pakaikan baju untuk kita..Siap-siapkan kita dengan wangi-wangian..Semoga Kita kelihatan Cantik dan Segak di pandang..Dia sentiasa tersenyum untuk Kita..Dia tak penah keluarkan kata-kata kesat pada Kita sebab Dia sayang sangat pada Kita..Dia sanggup Bela semua anak-anaknya..ketika Sakit dan Sihat..Kalau 10 orang anak ..10 orang itu lah Dia belai dengan penuh kasih sayang...Tapi Kita...di mana Kita bila Ibu bersedih..mampukah Kita suapkan Ibu walau Dia tak sakit..Dan di mana Kita bila Dia sakit..Di mana Kita..mampukah 10 orang anak menjaga seorang Ibu..

Ya Allah ampunkan Dosa Kami sebagai anak-anak..di atas dosa Kami dalam sedar atau tak sedar kepada Ibu kami..Kata ahhhh pun dah berdosa..kalau Dia terasa hati dengan Kita pun dah berdosa..Kalau Kita dah berkahwin..terutama Kaum Lelaki ..sayangilah Ibu kamu lebih dari Isterimu..dan jika Kita sebagai Isteri fahamilah suami Kita.Sayangilah Ibu Mertua Kita seperti Kita menyayangi Ibu Kandung Kita..Janganlah derhaka pada Mereka..Ingatlah kita pun suatu hari nanti akan menjadi seorang Ibu..Mungkin anak-anak Kita pun   suatu hari nanti boleh buat sebagaimana Kita buat pada Ibu kita..Kisah semalam di TV betul-betul sedih dan menyentuh hati Kita..TV 2 semalam..Ampunkan Dosaku Ibu..

Al fatihah buat Arwah Ibuku..Mak ,Orang sangat rindu pada Mak..Wajahmu ..kelembutanMu , jasaMu mengandungkan Ku selama 9bulan..Melahirkan Ku..Menyusukanku...mendidikku dan MembesarkanKu..ku tak kan lupa jasaMu Ibu.. tanggal 13 Julai 1999..Kau pergi buat selamanya meninggalkan Kami di sini..Semoga Roh Mu dicucuri Rahmat dan sentiasa Di bawah lembayung RahmatNya dan di kalangan orang-orang yang beriman..amin..I love u Mum.really love n miss u.


Sekalung Terima kasih juga buat Ibu-ibu angkat Ku terutama sekali Puan Siti Norizan..yang menyayangi aku seperti anakMu sendiri..Love u Mum..Tak lupa juga buat Ibu angkat ku yang berada Di Pendang dan Di Bota..Walau kita jauh ..Ku tetap tak kan lupakan Mu..

Dan hari ini aku sangat bertuah sebab mempunyai seorang lagi Ibu iaitu  Ibu Mertuaku..Ibu kepada Suamiku..Terima kasih juga buat Ibu Mertuaku..Akan ku kasih dan sayangMu seperti Ibu kandungku..Terima Kasih Mak sebab buka ruang untukku kongsi kasih sayang ini..

Selamat hari Ibu..Buat ibu-ibu seluruh Dunia..Buat kawan-kawanku yang dah bergelar seorang Ibu.
Tanpa ibu siapalah kita semua ni, bagi aku sehebat mana individu tu tapi kalau tidak kasih dan sayang terhadap ibunya sendiri maka tidak bernilai hidupnya kerana sudah jelas bahawa syurga itu terletak di bawah kaki ibu. 

No comments: