Tak terlambat lagi kot nak wish Selamat Hari Guru di blog nie..Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia..especially buat guru-guru yang pernah mengajar ku..terima kasih cikgu..Buat kawan-kawan ku yang bergelar cikgu juga..Cikgu Rod,Cikgu Syidah,Cikgu Syuher,Cikgu Zahirah,Cikgu Ayu dan yang bakal bergelar guru..Tak lupa juga buat cikgu yang sangat spoting..Cikgu Jelani..
Teringat dulu zaman sekolah..Kena cubit dengan cikgu..gara-gara tak buat kerja sekolah..apa-apa pun itu hukuman seorang guru kepada anak muridnya sebagai pengajaran untuk menjadi seorang pelajar yang berguna..guru mana nak tengok pelajarnya hancur kan.
Sebut pasal Cikgu..sedih juga laa..ayah aku nak sangat salah seorang dari kami jadi cikgu..tapi apa kan daya rezeki ke arah lain..Cikgu Komputer pun jadi laaa..aku sekarang ada buat class komputer for basic Microsoft Office..Cikgu juga kan..hee..Hari tu masa aku mengajar salah seorang student aku..waa syok sendiri...student aku..ermm dia ada panggil aku cikgu..sekali dengan emak dia pun panggil aku cikgu..boleh la kan..hee
Cikgu...cikgu...sampai ke hayatnya orang akan gelarnya cikgu..orang kata manusia mati meninggalkan nama..
Menjelang 16 Mei setiap tahun, seluruh warga guru menyambut Hari Guru. Tema hari guru pada tahun ini ialah ‘Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara’. Jasa dan sumbangan para guru terhadap masyarakat dan negara amatlah besar. Menerusi wadah pendidikan ini, para guru menjadi agent of change (agen perubah) bagi membentuk, membina dan melahirkan generasi umat berkualiti.Tanpa guru,tak wujudlah generasi yang berilmu dan berwawasan.
Puisi ini khas untuk yang bergelar cikgu
Kepada insan dicinta
oleh segala mulia.
Kau adalah sang pelukis
yang melakar garis
dan menentu warna
penghias buana
di hari muka.
Berusmu
adalah lisan, tulisan dan tingkah laku.
Tinta warnamu
adalah tauladan dan ilmu.
Studiomu
adalah bangunan sekolah ini.
Kanvasmu
adalah kami.
Wahai guru tercinta
Tumpahkanlah segala warna-warna bahagia
lakarlah segala garis-garis jaya
di atas kami-kami semua
siputih muda
yang sedang menadah tangan terbuka.
Agar nanti
pabila dunia melihat kami
akan berdetik hatinya:
“Inilah karya agung
oleh kau, sang pelukis ulung!”
No comments:
Post a Comment