Pada awal tahun 2008, perniagaan internet berasaskan produk fizikal seperti menjual baju, kain batik, kasut dan pelbagai lagi masih lagi baru di Malaysia.
Ini kerana rata-rata pengguna internet masih lagi tidak nampak akan potensi perniagaan internet, yang mampu membantu kita untuk berniaga dengan hanya menggunakan komputer dan duduk di rumah.
Berbeza dengan kisah seorang usahawan internet tempatan, yang bermula sejak tahun 2008.
Ketika itu tiada sebarang buku atau panduan yang boleh dirujuk oleh beliau, bagi menjual produk fizikal di internet, khususnya di pasaran Malaysia.
Dengan berpegang pada prinsip, 'Just do it', beliau berjaya membangunkan sebuah laman web bagi menjual sebuah produk di internet. Namun membina laman web dan mempunyai produk untuk dijual adalah langkah pertama dalam perniagaan internet.
Potensi yang Mengejutkan... 4 Jualan Dalam Masa Setahun!
Promosi terus dilakukan oleh beliau, bagi mendapatkan jualan yang pertama. Antara teknik promosi yang dilakukan adalah menerusi ruangan Yahoo Messenger, yakni menerusi senarai rakan-rakan yang berada dalam senarai.
Meskipun laman web beliau mempunyai jumlah pelawat yang tinggi setiap hari, dan mendapat pujian daripada kawan-kawan yang singgah di laman web itu, beliau masih lagi tidak memperoleh sebarang tempahan produk.
Rasa putus asa itu semakin hampir menguasai dirinya. Namun hatinya berjaya memujuk, dengan menyatakan ini adalah adat resam dalam bisnes.
Setelah setahun laman web ini beroperasi, akhirnya beliau berjaya memperoleh jualan!
<!-- more -->
Jumlah jualan yang diperoleh berdasarkan 4 orang pelanggan dalam masa setahun ini adalah RM12. Adakah ia sudah cukup untuk menampung kos-kos beliau sebelum ini? Kos promosi, kos pengiklanan, dan kos pembangunan laman web? Jawapannya, tidak.
6 Sebab Kita Gagal Menjual Berjaya Dikenalpasti
Setelah meneliti dan mengkaji sebab-sebab yang menyebabkan laman web beliau gagal menjual di internet, akhirnya si dia memberanikan diri sekali lagi untuk mengubah strategi.
Hasilnya, tidak sampai 2 bulan, beliau berjaya menjual 12 set produk bersalin yang berharga RM260 untuk setiap satu.
Cerita ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar pemilik laman forum perniagaan internet terkemuka di Malaysia, iaitu saudara Shuth atau Suhaimy.
Dalam perjalanan beliau menceburi perniagaan internet bagi menjual produk fizikal, terdapat 6 sebab yang menyebabkan beliau gagal:
#6.
Kesilapan Cara Promosi Promosi merupakan nadi dalam perniagaan. Dalam perniagaan internet, kita perlu berusaha untuk mempelbagaikan cara promosi. Ini kerana kita perlu mencari prospek kita. Antara medium promosi yang boleh digunakan adalah menerusi Facebook, forum dan juga blog.
#5.
Membina Laman Web yang Tidak Mesra Pembeli Kita perlu mengenalpasti ‘buyer behavior’ terlebih dahulu sebelum membina laman web, untuk menjual produk fizikal. Jika laman web kita tidak memudahkan para pelawat untuk membeli, maka peratusan untuk mereka tidak membeli produk di laman web kita akan menjadi lebih tinggi.
#4.
Tidak Mempunyai USP (Unique Selling Point) Pakar dalam seni jualan, Brian Tracy menyatakan pemilik bisnes yang mempunyai USP cenderung menjadi pilihan utama para pembeli. Oleh itu, pastikan kita mencipta keunikan bisnes terlebih dahulu, agar prospek mudah mengingati perniagaan kita.
#3.
Laman Web yang Tidak Meyakinkan Laman web ibarat kedai kita. Jika kedai kita buruk dan tidak tersusun, maka pembeli juga akan berasa tidak selesa dan hilang kepercayaan terhadap bisnes kita.
#2.
Tidak Melakukan Kajian Terhadap Pesaing Setiap bisnes mempunyai pesaing yang tersendiri. Jika kita tidak melihat apa yang pesaing kita lakukan, maka bisnes kita akan sukar mendapat perhatian pelanggan.
#1.
Tidak melakukan kajian pasaran (target market) produk jualan Tanggapan ‘produk saya adalah untuk semua’ adalah tanggapan yang silap. Setiap produk memiliki pembelinya tersendiri. Tugas kita adalah melakukan kajian pasaran dengan menentukan siapakah pembeli produk kita.
sumber:iluvislam.com
No comments:
Post a Comment