Friday, 15 April 2011

Sumayyah (Hati Seorang Mujahidah)

Sumayyah ,nama seorang Mujahidah Islam dan wanita pertama memeluk Islam..Teringat pada kisah Sumayyah...Sampai ke hari ini aku tak penah tanya pun my Hubby kenapa dia set kan nama aku dalam talipon nye Sumayyah..heee..Aku tak kan mampu sekuat Sumayyah tapi aku akan cuba untuk sekuat mungkin dalam ape jua cabaran yang datang..Insyaallah..Semoga aku setabah dan sekuat Sumayyah.


 SUMAYYAH
Dalam diri selembut sutera

Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejara

No comments: