Photobucket

Tuesday 12 April 2011

Al Fatihah

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani



[1]
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Kadang2 kita alpa dengan bacaan al fatihah..kalau salah sikit je sebutan dah bawa maksud lain..Al fatihah ibu segala surah..pembuka segala surah..diturun kan di Mekah,Al Fatihah juga penawar segala penyakit.Salah satu rukun yang wajib dalam solat kita seharian..hemmm kalau nak kahwin pun mst wajib baca al fatihah nie..

Menurut Syeikh Mohammad Abduh Dum, Ar Rahman bermakna pemberi Rahmat,
manakala Ar Rahim bermakna pemilik Rahmat. Surah al-Fatihah mempunyai banyak
kelebihannya. Di antara hadis yang memperkatakan kelebihannya ialah:-

* "Surah Al-Fatihah adalah ubat daripada segala penyakit dan penawar
daripada racun."

* "Apabila selesai imam membaca surah al-Fatihah, hendaklah kamu mengucapkan
"amin", nescaya permintaan kamu akan diperkenankan."

* "Barang siapa datang ke suatu tempat dan mendengar orang membaca surah
al-Fatihah dari awal surahnya hingga ke akhir, nescaya dia memperoleh
ganjaran pahala seumpama orang yang berperang di jalan Allah."

* "Sesiapa yang membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas ketika pulang ke
rumah, nescaya terhindar daripada kefakiran dan kepapaan serta mendapat
banyak kebajikan di rumahnya."

Suatu ketika Rasulullah berjalan-jalan dengan Abi Zaid di sebuah jalan di
kota Madinah, tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki membaca surah
Al-Fatihah, lantas baginda bersabda, maksudnya:

"Kita berhenti dan dengar bacaannya hingga selesai."

No comments: