Thursday, 14 April 2011

Aku dan Kek Pisang Coklat Lembap

 Aku dan kek pisang salut coklat..aduh terangkat makan..segala tentang coklat adalah fav aku...kek pisang ni la kek yang paling senang dan murah..n paling pantas nak buatnye..dulu ingat kan susah la nak buat kek pisang ni..rupenyer semudah ABC  je..hee...Sebelum aku mahir buat kek pisang ni tempat aku kunjungi untuk mendapatkannya ialah Carefour n Tesco n rumah mak angkat aku..marveles laa..

Bahan-bahan ( - )

6 biji pisang sederhana besar
3 biji telur sederhana besar
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan minyak
1 sudu teh bicarbonat soda
 sedikit esen
secubit garam

Untuk hiasan Coklat
-Serbuk Koko atau coklat masak
- Susu pekat manis ( ikut rasa anda)

Cara-caranya
1. Pukul telur dan gula hingga kembang
2. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan gaul
3. Kemudian masukkan tepung dan gaul lagi
4. Akhir sekali masukkan minyak dan kaut balikkan adunan hingga sebati
5. Masukkan dalam acuan yang telah disapu sedikit margerin atau minyak
6. Bakar atau kukus (aku suka kukus lagi) hingga masak selama 45mins dengan api sederhana atau pastikan kek telah masak dengan mencucukkan lidi dan jika lidi bersih bermakna kek telah masa
7. Setelah masak hias dengan coklat atau serbuk koko yang telah di msak atas api.

Siap dan boleh makan...yummm sedap..ni la hasilnya

Sebelum disalut coklat

Pandangan atas

Pandangan tepi

SELAMAT MENCUBA..

2 comments:

senyom said...

perghhhh... sedapnya... nakkkkk (",)v

Aku DaN SeSuAtU said...

mai laa makan..jemput mai..hee